Berkiranya Kita Dengan Allah

Nombor Isu:

101

Tarikh Terbit:

Apr, 2017

Jumlah Muka Surat:

104

Harga:

RM10.00

Sinopsis

Bayangkan seseorang mengunjungi sahabatnya di rumah. Sesampai di sana, tuan rumah memberikan layanan istimewa. Makanannya sedap, tempat tidurnya selesa. Selepas beberapa hari, tetamu tadi meminta izin untuk pulang. Beberapa hari selepas itu, tuan rumah tadi bertugas di luar kawasan. Dia berhajat untuk singgah di rumah kawannya tadi.

Namun ketika di rumah tersebut, dia tidak dilayan sebaiknya. Tidak diendahkan soal makan minum. Tidur pula tidak diberikan bantal. Hanya beralaskan tikar nipis. Bukan kerana tidak mampu, tetapi kerana tuan rumah tadi berkira-kira atau kedekut mahu memberi. Apa agaknya perasaan sahabat tersebut? Jika difikir-fikir akal yang biasa, tentunya kita boleh katakan sahabat tadi adabnya tiada!

Solusi 101 hadir sebagai medan muhasabah pembaca dalam mengenal kedudukan Allah dan Rasulullah di hati kita semua. Semoga kita tidak berkira-kira lagi dalam urusan agama apabila bertembung dengan urusan dunia yang remeh-temeh.

 

Isu-isu bulan ini

Islam Mengatur Kehidupan

Dipilih menjadi manusia sepatutnya disyukuri oleh setiap makhluk yang bergelar insan. Hal ini kerana tidak semua makhluk ciptaan Allah dipilih menjadi manusia, hakikat yang semua kejadian mengetahui keadaan ini. Sebahagian dijadikan binatang, tumbuh-tumbuhan, langit, bunmi dan seumpamanya. Adapun kita, Allah pilih untuk dijadikan manusia. Alhamdulillah.

9 Perkara Perlu Bersemangat Sekalipun Kita Umat Akhir Zaman

Umat Nabi Muhammad adalah umat Islam yang terakhir dan kita kini merupakan umat terakhir yang berada pada akhir zaman. Para sahabat Nabi merupakan generasi yang memiliki pelbagai kelebihan dan keutamaan berbanding kita. mereka adalah sebaik-baik generasi dalam umat Nabi Muhammad. Namun begitu, kita sebagai umat akhir zaman turut memiliki beberapa kelebihan yang tersendiri.

Berkirakah Kita Mahu Berdakwah

manah serta tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah merupakan sebuah tugas mulia yang telah diwarisi daripada para nabi. Tugas berat tersebut mestilah digerakkan bersendikan hikmah, nasihat dan komunikasi pintar. Allah berfirman maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah al-Nahl 16: 125)

Kisah Dajal Yang Belum Diizin Keluar

Berikut adalah cerita Fatimah binti Qais r.ha. Ketika tempoh idahku selesai, aku mendengar seruan orang yang berseru: “Al-solatu jami’ah” (seruan untuk mengerjakan solat secara berjemaah). Aku pun keluar menuju ke masjid lantas solat bersama Rasulullah s.a.w. Dan aku berada di barisan wanita yang betul-betul berada di belakang barisan lelaki.