Kita Semua Mujahid

Nombor Isu:

35

Tarikh Terbit:

Jun, 2014

Jumlah Muka Surat:

96

Harga:

RM7.00

Sinopsis

Dunia ini luas. Terbuka luas peluang bagi mujahid (pejuang) yang memburu reda Allah. Harganya besar kerana modal pengorbanannya juga besar. Sebelum dia berani berperang menghadapi musuh, pejuang perlu berani berperang dengan dirinya – berani mempertaruhkan nyawanya (nafsu) sebagai korban. Jiwa perlu kental, fikiran sentiasa fokus dan perasaan tidak berbelah bagi.

Maka, permulaan langkah perlu disusun rapi. Persediaan perlu ada. Mustahil pergi berjuang hanya berbekal tawakal yang kosong. Tidak wajar seorang pejuang berjuang di medan perang sebagai bidan terjun.

Di medan juang ini, bukan lagi masa meraba-raba mencari arah. Sebelum melangkah, fikirannya sudah jelas apa yang dimahukan. Begin with the end in mind. Inilah tuntutan kita sebagai remaja Muslim yang mesti tersemat di hati.

Apa perjuangan aku terhadap diri sendiri? Apa perjuangan aku sebagai Muslim? Apa yang perlu aku lakukan di dunia? Apa yang aku cari? Malah, mengapa aku perlu lakukan itu dan ini pun perlu difikirkan semasak-masaknya.

Menjadi pejuang yang luar biasa bukan retorik. Kita manusia ciptaan Allah yang Maha Sempurna. Tidak mungkin kita diciptakan untuk tujuan ala kadar. Mustahil. Yakinlah, kita manusia istimewa dan perjuangan kita di medan dunia ini adalah dengan agenda yang besar – khalifah Allah yang memakmurkan bumi!

Kita sudah menjejakkan kaki di medan ini. Ingin berpatah balik itu bukan tradisi pejuang unggul. Aturkan langkah dan lengkapkan diri dengan senjata (persediaan). Genggamlah erat-erat matlamat memburu reda Allah.

Ingat, kita semua ialah pejuang (mujahid). Dengan lafaz bismillah, semoga perjuangan kita diberkati Allah!

Muhammad Aizuddin Kamarul Zaman

Isu-isu bulan ini

Mujahid: Perjuangan Belum Selesai

Sering kali perkataan jihad disalahtafsirkan. jihad itu tidak hanya terhenti berjuang di medan peperangan. apatah lagi mengatakan kini jihad sudah tiada. hakikatnya, skop jihad itu lebih luas daripada kancah peperangan.

Kitalah Mujahid Itu!

Agama tanpa jihad, jadi kaku. Jihad tanpa agama, jadi melulu. Kedua-duanya perlu seiring. Justeru, remaja Muslim perlu ada kedua-duanya. Tenaga masih kuat, badan pun masih sihat. Letakkan azam yang tinggi untuk menjadi penyumbang kepada Islam. Atas kesedaran ini, kita akan lebih bersedia menghadapi recam dunia.

Sejarah Perang Nabi

Islam bukanlah agama militan ang menjadikan peperangan sebagai cara penyelesaian bagi segala masalah. Keputusan untuk berperang hanya diputuskan apabila kaum Muslimin menghadapi situasi yang kritikal atau diperangi terlebih dahulu oleh pihak musuh demi mempertahankan agama, nyawa dan harta. Indahnya Islam, biarpun berperang, Islam tetap berpegang teguh pada prinsip keamanan dan kemanusiaan. Hanya musuh sahaja yang diperangi. Selain daripada itu akan dilindungi dan tidak diperangi sekalipun mereka daripada kerabat musuh!