Bila Anak Sudah Baligh

Nombor Isu:

46

Tarikh Terbit:

Feb, 2016

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Masa beredar begitu pantas. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun. Tanpa sedar, telah banyak yang berubah dalam hidup kita.

Bagi seorang anak, perubahan terpenting berlaku apabila memasuki usia baligh. Pada masa itu, ia mengalami proses peralihan daripada kanak-kanak kepada dewasa. Justeru, banyak perubahan berlaku dalam dirinya sama ada dari segi fizikal mahupun mental.

Dalam wacana hukum Islam, baligh membawa implikasi hukum yang cukup banyak. Bagaimana tidak, usia baligh menandakan bermulanya pahala dan dosa. Oleh itu, tahap ini sangat kritikal dan menjadi perhatian para ulama.

Amat banyak hukum dan nasihat yang berkaitan dengannya yang mesti diketahui oleh setiap orang yang memasuki usia baligh. Sebahagiannya akan dapat ditemui dalam al-Ustaz kali ini. Kami mengajak para pembaca memahami hukum-hakam baligh sebagai panduan bagi diri sendiri ataupun orang lain.

Jika anda seorang ibu bapa atau penjaga, isu kali ini dapat menjadi pembuka perbincangan antara anda dengan anak remaja anda. Ingatlah, mereka amat memerlukan nasihat dan didikan anda walaupun mereka tidak memintanya.

Selamat membaca, me- mahami dan mendidik.

Isu-isu bulan ini

Anak Baligh Perlu Bimbingan

Setiap anak akan me- lalui waktu baligh. Pada waktuitu,tubuh dan emosi mereka mengalami perubahan. Pada masayangsama,tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah bermula. Setiap kata-kata dan perbuatannya ditulis sebagai pahala atau dosa. Sebagai ibu bapa dan penjaga, kita dituntut untuk bersama-sama mereka melalui waktu yang penting ini dengan bimbingan,

Hukum-Hakam Baligh

Mandi wajib dalam Islam sangat mudah. Selagi dimulai dengan niat, diikuti dengan siraman air ke seluruh bahagian tubuh, maka mandi tersebut dikira sah. Walau bagaimanapun, sesiapa yang melakukan perkara­perkara di bawah ini, ibadah ini menjadi semakin sempurna.

Remaja Zaman Nabi

Remaja menduduki kedudukan yang istimewa pada zaman Nabi. Mereka pelapis umat yang akan mencorakkan masa depan Islam. Sebelum usia baligh, Rasulullah telah menanamkan prinsip­prinsip akidah ke dalam hati mereka.

Lelaki Dari Hujung Kota

Kisah lelaki ini muncuk Allah menceritakan kisah perjuangan tiga orang rasul yang dakwah mereka ditentang habis- habisan oleh kaum mereka. Bahkan kaum mereka mengancam untuk merejam kesemua mereka sekiranya terus berdakwah.