ISBN

978-967-388-048-5

Kod Buku

TBBK 1486

Tarikh Terbit

Aug, 2019

Jumlah Muka Surat

432

Sinopsis

Ilmu tafsir Al-Quran ialah satu ilmu yang sangat penting dan mulia, kerana ia berkaitan dengan Kitab Allah yang paling mulia, iaitu al-Quran. Kepentingan dan kemuliaan sesuatu ilmu adalah bergantung kepada kepentingan dan kemuliaan perkara yang diketahui dengan ilmu itu. Buku ini disusun berpandukan kepada kitab Tafsir al-Jalalain, yang dikarang oleh dua iaitu Imam Jalaluddin, iaitu Jalaluddin al-Mahalli (791-864 Hijrah) dan muridnya, Jalaluddin as-Suyuthi (849-911 Hijrah), rahimahumallahuta’ala.

Kelebihan 1

Mempunyai terjemahan perkata, iaitu setiap perkataan dalam setiap ayat diterjemahkan berdasarkan makna asalnya. Jika makna asalnya pelbagai, maka makna yang dipilih oleh Imam al-Jalalain rhm. akan diutamakan.

Kelebihan 2

Semua penjelasan bahasa, nahu, sorof, balaghah, qiraat dan sebagainya diasingkan dan disebutkan dalam notakaki, supaya pembaca awam tidak rasa terbeban dengan maklumat-maklumat tersebut.

Kelebihan 3

Maklumat tambahan yang penting dan hadis-hadis yang ada dalam Tafsir al-Jalalain disebutkan takhrijnya juga dimasukkan dalam notakaki.

Kelebihan 4

Diakhir tafsir sesuatu surah pendek atau sesuatu kelompok ayat, terdapat mahfum surah atau kelompok ayat terbabit supaya pembaca dapat memahami kandungan surah atau ayat-ayat tersebut dengan lebih mudah dan jelas, sebagai rumusan kepada terjemahan perkata dan terjemahan Tasfir al-Jalalain yang disebutkan sebelum itu.