ISBN

978-967-388-153-6

Kod Buku

TBBK 1285

Tarikh Terbit

Mar, 2014

Jumlah Muka Surat

296

Sinopsis

Sesungguhnya saat umat Islam berada pada tahap kelemahan dan kealpaan, maka jihad adalah pencetus kebangkitan umat yang mampu mengembalikan mereka kepada pentasnya yang asal. Tanpa jihad, umat Islam akan dipandang hina dan rendah. Justeru, buku ini adalah salah satu pencetus kepada perubahan yang dinanti-nantikan oleh dunia. Buku ini juga sebagai wadah dalam menerangkan hakikat sebenar jihad yang luas, tidak terbatas kepada peperangan tetapi kepada semua aspek kehidupan manusia, ekonomi, sosial, kesihatan, ilmu dan dakwah. Peperangan bukanlah matlamat asal Islam tetapi itulah jalan terakhir untuk mempertahankan agama dan negara. Kedamaian adalah nikmat yang diperjuangkan oleh al-Quran dan sunah seperti yang diterangkan dalam Ringkasan Fiqh Jihad ini. Semoga buku ini mampu menerangi jalan ilmu umat Islam yang sentiasa dahagakan cahaya ilmu yang luas, insya-Allah.

Promo