Prof. Abdul Rahman Abdul Ghani

Latar Belakang

Dilahirkan di Benut, Pontian, Johor. Berpengalaman dalam hafazan dan tasmik 30 juzuk al-Quran secara talaqqi dan musyafahah daripada ramai guru sehingga dianugerahkan Ijazah Sanad Bacaan al-Quran bertulis dari Maahad Quraat Shoubra, Al-Azhar, Mesir.

Dalam dunia kerjaya, pernah menjadi Dekan di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Juga dilantik sebagai Panel Penilai di Malaysian Qualification Agency (MQA), selain terlibat secara langsung di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kini, beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).