Osman Bin Abd Ghani

Latar Belakang

Beliau adalah merupakan seorang guru Bahasa Arab yang telah terlibat dalam menerbitkan modul tahunan di peringkat negeri Kedah bagi mata pelajaran Bahasa Arab SPM. Selain itu, beliau juga merupakan jurulatih utama kebangsaan bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiyah Al-Mu’asirah Tingkatan 4 dan 5. Bahkan beliau turut berpengalaman dan pernah terlibat dalam pelbagai kursus serta bengkel yang berkaitan mata pelajaran aliran KBD sejak ia diperkenalkan pada tahun 2015.